Ads 468x60px

Tentang Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :)

Untuk makluman saudara dan saudari semua, blog ini dimiliki oleh empat orang guru pelatih semester 8 IPG Kampus Tuanku Bainun 2012. Kami semua adalah dari kelas yang sama iaitu PISMP Pengajian Islam 2. Tujuan pembinaan blog ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan dunia pendidikan. Selain itu, blog ini juga dihasilkan bagi memenuhi satu tugasan yang dikehendaki dalam matapelajaran Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru (EDU 3108). Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua... :)

Inilah kami yang digelar POKET CIKGU..

 Mohd Faiz Bin Osman


 Azlia Shakiela bt. Mohd Yusof 


 Nurul Hana Bt. Daud 


Syafiqah Nawiyah bt. Suhimi


 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.